06 November 2010

HUBUNGAN NIAT DAN AMALAN...

        بسم الله الرحمن الرحيم....
                         السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

segala puji dan syukur dipanjatkan hanya untuk Rabbulalamin...pemilik seluruh jagat raya..pemerintah tertinggi yang menguasai segala takluk pemerintahan. diriku dan segala yang ada di langit dan di bumi tiada yang terlepas daripada pemerhatian Allah..hatta jatuhnya sehelai daun ke bumi,hingga sekecil-kecil quanta yang memenuhi serata ruang dimensi...

     setiap pagi kita bangun tidur..kemudian apabila tiba malam , kita pun tidur dan bangun semula keesokkan harinya..beginilah rutin harian kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.. tiada siapa yang dapat menafikan hakikat ini.namun begitu, pernahkah anda terfikir atau berfikir ...setiap kali kita mula menghirup udara pada permulaan hari kita,apakah matlamat kita hidup pada hari itu?mengapa kita perlu bangun,solat,makan,mandi,bersiap2 ke sekolah dan sebagainya...pernahkah kita terfikir??


     masih ingat lagi doa yang ustazah ana ,Ustazah Norliza Sharmen namanya atau nama glamor dalam kalangan kami,Mama ajar...masa tu ana form 3,beliau mengajar subjek pendidikan agama islam...hahhh,memang suka cara dia mengajar.no jawapan budak sekolah rendah! dikasihi,dibenci sekalian..haha..cannot answer guna tulisan rumi! hehe..sempat lagi beliau perli, kalau ah chong atau ramasami boleh la sb dia xtau jawi...:-p..dia ajar doa bangun tidur, اللهم باسمك احيا واموت...dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.tidur diibaratkan mati kecil. xpayah tanam ,..sebab esok pagi nanti hidup balik..tapi kalau mati besar,tu memang kena tanam sebab jasad tu dah benar2 mati...
     
     sebenarnya dalam situasi kita everyday, NIAT merupakan satu elemen yang amat2 penting dan perlu diperbaharui setiap ketika dan saat...seiring dengan iman manusia yang sering berubah-ubah, begitulah juga dengan niat. ia seiring dan sejalan dengan iman. takkan mampu dipisahkan...oleh sebab itulah, Rasulullah SAW ada menyebut dalam salah satu hadisnya yang berbunyi begini...





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية) 
     hadis ini merupakan hadis yang pertama sekali daripada himpunan hadis 40.ana copy daripada halaqah online. terima kasih halaqah...ana nak highlight kan kat part ni..انما اعمال بالنيات...sebagai seorang manusia yang hina lagi lemah, ana mengakui dengan sejujurnya betapa pekerjaan menjaga niat ini amatlah payah..ia berkaitan dengan ikhlas yang mana dalam menentukan sama ada amalan seseorang itu diterima atau tidak terletak pada dua perkara ini, NIAT DAN IKHLAS...
     sekian lama ana mencari formula ibadah daripada ayat Al Quran mahupun hadis. suatu ketika dulu ketika masih bersekolah menengah ana merasakan kerunsingan yang amat. dalam hati ni ana tahu ana perlukan sesuatu untuk membuatkan diri ni sentiasa bersemangat untuk meneruskan hidup. otak ligat berfikir hinggalah ana akhirnya faham dan mendapati sesuatu yang amat mudah. tidak susah untuk difahami dan xperlu pening2 kepala fikir sebab apa kita mesti HIDUP!bukan setakat hidup,tetapi hidup dengan bertujuan.Allah xciptakan setiap sesuatu tu sia2..mesti ada hikmah di sebaliknya..hanya sebaris ayat yang mengandungi tiga rangkaian kalimah.itulah dia yang ana highlightkan di atas tadi yang telah berjaya merungkaikan semua kemelut dan persoalan yang berlegar2 di minda.ana telah berjaya menemui satu formula yang very simple.sahlah jiddan!...hanya NIAT.tiada apa lagi yang lebih penting daripada itu. setiap sesuatu mestilah kita sandarkan niatnya kerana Allah sahaja,lillahita'ala...pada jalan Allah yang lurus itu..
     semenjak daripada itu,ana cuba melatih diri agar sentiasa  me renew niat sebelum melakukan sesuatu..hatta ketika menggunakan sebatang pen, tengok dulu untuk apakah pen itu digunakan ..adakah untuk menulis rangkaian ilmu Allah yang berguna atau menulis surat cinta buat kekasih hati...ketika melangkahkan kaki ke dorm kawan,untuk apa kaki itu bergerak ke sana..adakah untuk mengajak teman berbincang mengenai teori had laju Albert Einstein atau berborak kosong sambil mengumpat itu dan ini..ketika menonton tv, apakah rancangan yang menjadi pilihan kita..idola kecil,sehati berdansa, melodi, drama minggu dan sebagainya yang tidak memberi manfaat pun pada kita..atau halaqah,forum perdana dan semanis kurma...
    
      secara ringkas dan tuntasnya,formulanya begini...

 niat yang betul/ dapat pahala/ diterima amalan

-memberi manfaat dunia akhirat
-menambahkan iman 
-tidak melanggar perintah mahupun larangan Allah
dan sebaliknya...
itu saja.senang,kan...

      sejak ana cipta formula ni, ana pun mulakan langkah dan tindakan. sikit2 tapi berterusan..apa yang ana buat??hurm...first sekali sebelum ana teruskan ana harap kita dapat kosongkan dan bersihkan hati kita daripada sebarang syak wasangka yang buruk dan negatif. ana hanya ingin berkongsi apa yang berguna untuk kita semua.moga2 Allah pelihara qalb ini daripada perasaan2 yang mampu menggugurkan pahala dan menuai dosa. sekadar perkongsian biasa tetapi ana mahu kita sama2 faham dan kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian..insyaallah..
antara tindakan yang telah ana laksanakan ialah..
1) menjauhkan diri daripada novel2 cinta khususnya alaf 21 yang sedang berusaha menambat hati ana ketika itu. ana masih ingat,novel pertama yang ana baca ialah Ombak Rindu...hinggakan ana yang pada awalnya cetek ilmu mengenai cintan cintun dan laki bini agak terkena kejutan budaya setelah membaca novel tersebut. sedikit membuai perasaan hingga beberapa waktu tetapi alahamdulillah...ia gagal mengasyikkan ana kerana ana sempat mengislah diri dan berusaha mengebalkan diri daripada terpengaruh dengan novel2 sebegini.apa sistem pertahanan yang ana aplikasikan?jawapannya niatlah!kebiasaannya novel cinta akan memaparkan kisah percintaan antara golongan adam dan hawa.terlanjur,tersentuh,tertipu,termarah,termerajuk,terindu dan sebagainya adalah elemen2 lazim. lalu ana fikirkan,xmasuk pekse pun novel ni,lagi buat leka lalai itu pasti,..langgar peirntah?kemungkinan besar.especially kaum wanita.bila baca novel memang feeling,lepas dah feeling buat ape??ade yang kata,ih sweetnya laki tu dia pegang tangan pompan tu..kat sini dah dosa sebb menyokong maksiat walaupun hanya sekadat cerita.selebihnya fikir sendiri..:)...

2)mendelete lagu2 rock cintan,tangkap leleh,cinta nafsu...video, movie duniawi segala daripada laptop,pendrive, handphone,memory card dan kepala yakni ingatan. ni bukan satu kerja yang easy. kita terpaksa tundukkan kesukaan kita,keminatan kita,keghairahan kita terhadap sesuatu yang sudah agak sebati dalam diri kita.kalau ana ,dulu ana suka lagu2 rock kapak. 90 an punye versi,wings, ekamatra,saleem,iklim,scorpion,axl's,exis,mamat segala...sampai ana wat satu buku khas untuk salin lirik lagu.bila difikirkan semula,oh ruginya aku!ana dah banyak buang masa dengan benda2 nis semua.sebab tu lah, wlaupun ana rasa sedih bila buku tu hilang,radio rosak tapi resultnya ana bersyukur sangat2 kepada Allah kerana telah membantu dalam mujahadah ana.lagi satu contoh terjelas ialah cite korea.xdinafikan ia sangat menarik untuk ditonton...dengan hero yang hensem (dan ego..hehe), heroin yang comel cantik cun dan scene2 yang romantik.sangat memerlukan mujahadah yang kuat untk menolaknya.go go chaiyok to all sahabat2 peminat cite korea sekalian!lawan2...insyaallah akhirnya Allah akan bagi kemenangan kpd kita sekiranya kita bersungguh2 untuk menghidarinya..

3)mencari kawan2 yang baik untuk didampingi.kita mesti setuju jika kita kata kita kena bersikap memilih dalam persahabatan.memilih di sini bukanlah bermaksud duniawi,tetapi aspek yang kedua iaitu ukhrawi...kerana kawan merupakan orang yang boleh dikatakan sebagai insan yang paling rapat dengan kita.seorang teman itu ibarat cerminan kepada teman2nya yang lain.jika kita berkawan dengan sorang kaki umpat misalnya, percayalah walau sekuat setabah mana pun kita mengelakkan daripada terpengaruh dengan sikapnya itu sepanjang bersamanya,dengan izin Allah kita paling kurang kita akan tersasul juga akhirnya.kajian saintifik dah membuktikan.otak manusia lama kelamaan akan terima tanpa dia sedar.



sekian sahaja.mohon maaf salah dan silap  atas any kekurangan yang terdapat dalam post2 ana.masih dalam proses pembaikan untuk menyusun kalam yang indah terbaris,tenang dibaca,sedap iramanya dan isi yang difahami serta tersusun...ana doakan semoga Allah beri kita kekuatan dalam kujahadah menentang hawa nasfu ini..aminnn..:)
                               





    

03 November 2010

QUANTUM IKHLAS...

P/S=Artikel ini ana copy daripada salah satu blog yg ana follow..jemputlah bace..jangan segan2...rugi kalau tak bace..ana jamin ianya sangat bermanfaat untuk kita semua...insyaAllah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Sahabat RadiAllahu Anhum Ajma'in, serta sekalian Ahlul Bait Baginda dari awal hingga akhir. Salam kepada sekalian para Awliya', Ulama', dan Pewaris Nabi dari awal hingga akhir. Al-Fatihah... 

IKHLAS 

Ikhlas ini satu jenis 'barang' yang tidak diperdagangkan, suatu yang sukar diperolehi dan berada ia antara perbuatan & niat. Ikhlas, tidak pula bersamaan ia dengan ibadah & muamalat biasa. Sejuta kali manusia mengatakan dirinya ikhlas dalam melakukan sesuatu, sejuta tapak ikhlas melarikan diri darinya. Hanya Rahmat Ilahi bisa menentukan kita di suatu ketika, di suatu waktu, di suatu perbuatan, adakah kita berada di dalam MAQAM IKHLAS??

Satu-satunya manusia yang berada dalam Maqam Ikhlas sepenuhnya sepanjang hayatnya adalah Rasulullah SAW (dalam satu atau dua perkara ada khilaf Baginda yang ditegur langsung oleh Allah swt & Malaikat, contohnya peristiwa seorang Habsyi yang comot datang ke masjid yang menimbulkan rasa 'sesuatu' pada Baginda ini langsung ditegur).

Maqam dan Wilayah Ikhlas tidak boleh diminta seperti meminta 'benda', seperti kereta, kesihatan, isteri, pangkat, Syurga dan lain-lain. Pun begitu, ada juga yang memohon Allah supaya dimasukkan roh Ikhlas ke dalam hatinya. Tapi itu juga sekadar permohonan atau doa. Boleh saja anda berdoa, tapi ikhlas sesungguhnya sesuatu yang sangat mahal. Sifat ikhlas ini pula agak aneh dan pelik. Mungkin juga tak masuk akal. Perbuatan ikhlas tidak langsung dimanifestasikan oleh besar atau mahal perbuatan dan pemberiannya. Tiada ukuran dunia yang mutlak menentukannya. Tidak pula mampu dihurai dan dijelmakan dengan kata-kata. Jauh sekali pertunjukan-pertunjukan seperti persembahan sarkis dan pertandingan lagu layaknya. Tak boleh, tak boleh, tak boleh!!!!

Wah, mahal ya ikhlas ini. Di mana nak cari? Hah... Carilah kalau jumpa. Ikhlas bersembunyi di hujung dunia kepada sesiapa yang mencarinya. Berlarilah kita ke hujung dunia. Ikhlas menyelinap ke lipatan bumi ke-7. Masuklah kita ke situ. Ikhlas melesit laju ke lapisan langit ke-7. Akhirnya kita lelah dan terdampar mencari ikhlas. Ikhlas tak 'hingin' dicari. Kalau dicari, menghilanglah ia.

Ajaibnya ikhlas kerana perbuatan yang kecil, bahkan sangat kecil pada mata makhluk (seperti Sabda Rasulullah SAW mengenai “mengutip duri dijalanan”). Itu kan kecil sahaja. Susah kah mengutip duri atau paku atau apa-apa sahaja yang menghalang dan menimbulkan risiko kepada manusia di tempat lalu lintas? Tapi waktu anda melakukannya, anda lakukan secara paling tulus (jumpa sikit kembar ikhlas - tulus - ya, tulus). Dan pada masa itu, anda tak minta orang tengok pun amal anda itu. Anda pun tak minta balasan dari Allah. Tak terlintaspun amalan anda itu adanya timbal balik (balasan). Maklumlah ‘ciput’ (sikit) je. Tapi waktu itulah tanpa anda sedari, anda telah tiba-tiba berada dalam Maqam Ikhlas. Mungkin sedetik, mungkin dua detik. Tapi, MasyaAllah!! Amalan itu menaiki jinjang-jinjang langit tanpa ada ‘filter’ (halangan). Terus sahaja…

Bila pula IKHLAS pakai QUANTUM ni? 
Quantum, ya??

Sebagai gambaran jika kita membelah sebiji mempelam, kita akan mendapatkan dua belahan yang lebih kecil. Kemudian belahan tersebut dibelah lagi dan lagi hingga mendapatkan bentuk terkecil. Kalau istilah sainsnya dari belahan benda atau organ, kepada sel, kepada molekul, kepada atom dan terakhir kepada sub atom (kajian sains bernoktah di sini setakat hari ini, besok mungkin akan mereka jumpa lagi partikel yang lebih kecil).

Saya nak tanya, Roh itu macam mana ya? Di mana tahap halus atau lathifnya?? Dan memang akan ada lagi yang lebih kecil…

Hingga terwujud suatu benda yang berupa vibrasi (getaran). Sehingga dapat digambarkan dalam Ilmu Fisikal Quantum tidak mengenal benda padat. Diri kita, baju kita, kereta kita, komputer kita, hingga semua bendalah di dunia ni. Bukan benda padat. Manusia akan menjumpai sesuatu yang tidak boleh dipecahkan lagi dalam bentuk gelombang atau frekuensi tenaga (kaedah inilah yang digunakan untuk memindahkan Istana Ratu Balqis oleh pembesar dalam pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as - rujuk Surah An-Naml: 38).

Yang membezakan antara benda, satu dengan yang lain adalah frekuensinya. Dalam pengertian Quantum Ikhlas, semua benda di alam semesta adalah menyatu, tidak terpisahkan oleh jarak, ruang dan waktu. Sehingga jika seseorang mencapai level Quantum, kita dapat merasakan vibrasi alam semesta yang menyatu membentuk suatu harmoni yang begitu indah. Bahkan, tingkat yang lebih tinggi kita dapat merasakan hadirnya Sang Khaaliq, Yang Maha Pencipta Yang Menguasai Alam Semesta.

Mengapa istilah ‘Quantum Ikhlas’ dipakai dalam pengertian ini??

Karena jika seseorang mencapai level Quantum, mereka akan merasakan memiliki segala-galanya. Dengan erti menyatu dengan alam, dapat merasakan vibrasi seluruh alam semesta, dapat merasakan burung-burung yang beterbangan, mampu merasakan bumi yang beredar, bintang-bintang yang bertebaran dan bisa merasakan galaksi-galaksi yang beredar. Inilah sebab mengapa para WaliAllah dapat berinteraksi dengan pokok-pokok, batu-batu , binatang dan sebagainya.

Quantum Ikhlas mereka sudah pergi ke tahap paling halus. Mereka mampu menjengah setiap lapis frekuensi atau gelombang sehingga sampai ke gelombang batu-batan, mampu bercakap dengan batu, sampai ke gelombang pokok-pokok, dapat bercakap dengan pokok dan seterusnya. Dengan gelombang juga mereka melipat bumi (bergerak cepat). Kejab hadir disitu, kejab ada disini (rujuk peristiwa Tok Ku Pulau Manis yang sekelip mata membawa durian dari Terengganu yang diingini gurunya sedangkan waktu itu ia ada di hadapan gurunya di Mekah!!!). Dan begitulah seterusnya. Bagaimana?? Sudah nampak sekarang?
Orang yang melakukan amal di saat paling ikhlas, keberadaan jasadnya hampir hilang. Posisinya sudah berada pada tahap roh, parallel - menyatu dan begitu hening hingga ia tak merasa apa-apa akan perbuatannya. Kalau dia solat, solatlah ia tanpa suruhan makhluk, tanpa inginkan syurga, tanpa takutkan neraka. Begitulah seterusnya. Dan kalau ambil duri di jalanan dah kira sangat bagus, kalau mampu berada dalam lokasi Ikhlas apatah lagi amalan yang dituntut seperti solat. Solat dalam maqam ikhlas, frekuensinya sangat-sangat dahsyat!! Sebab itu antara dua orang yang bersolat, kedua-dua Maqam mereka mungkin antara langit dan bumi bezanya. 

Ingatlah, Ikhlas itu sangat mahal harganya. Tiada mampu dibeli dengan wang ringgit dan emas permata. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kita bisa memasuki wilayah Ikhlas ini. Dan bagi orang-orang yang terpilih pula, sememangnya Maqam Ikhlas mereka Allah swt kurniakan besar buat mereka. Bagi orang biasa pula, seperti saya dan anda para pembaca, berusahalah untuk mencapai Maqam Ikhlas itu dalam melakukan sesuatu amal ibadah. Jangan sesekali timbul perasaan riak, sombong, bangga diri, angkuh dan sebagainya dalam diri ketika melakukan sesuatu amalan walau sekecil-kecil lintasan hati.Sesungguhnya amalan yang disertai Ikhlas yang jitu lagi padu, amatlah besar nilainya disisi Allah Robbul Jalil. Hanya dengan Rahmat Ilahi sahaja bisa menilai tahap Ikhlas seseorang itu. Kita manusia biasa tiada sedikit pun kuasa untuk mengira apatah lagi menentukannya. 

Sabda Baginda Rasulullah saw yang mafhumnya“Sesungguhnya ‘Amal ibadah itu adalah berdasarkan Niat”
(Tenaga Quantum) 


Di sini saya sertakan Piawaian Ikhlas. Di harap ia bermanfaat buat anda semua…
Piawai Ikhlas:
ISO - 000000000000000 hingga infiniti.
Gerak Kerja - Melebihi standard Malaikat.
Bidang Kerja - Apa-apa sahaja yang baik hingga sekecil-kecil senyuman pada sekuntum bunga!
Pemantauan - Malaikat 'terlena' seketika untuk memantau dan mencatat.
Kemahiran dan Skill - Tiada Skill Langsung, tiada Gred Kerja.
Produk - Ikhlas demi Ikhlas demi Ikhlas.
Bentuk - Tiada Bentuk Fizikal, 'Tidak Mudah Pecah', 'Tidak Koyak', 'Tidak Dapat Dilihat', 'Payah Dinilai'.
Ganjaran - Sekali-kali Bukan Syurga!
Manual Prosedur Kerja - Asal Tercetus Sahaja di Hati
Sikap Pekerja - 'Tidak Langsung Menyedari Bahawa Dia Sedang Bekerja'!
*Kalau ada lagi, sila tambah ya. 
Oklah sampai sini dulu diceritakan bab ini. Segala kelemahan dan kekurangan adalah kekurangan dan kelemahanku, segala kelebihan adalah milik-Nya jua...
WAllahua’lam.




Kredit buat Cikgu Azhar Ali, Jumaat 19/03/2010.

Ya Allah, Berkatilah kami dalam Bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.

Catatan Orang Gombak, 10.47pm, 22 Jun 2010.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More