23 January 2011

syahidnya seorang pelopor gerakan jihad yang agung

bismillahirrahmanirrahim.
semoga post ini dapat membakar semangat jihad yang telah sedia berkobar dalam diri kita agar semakin membara dan terus menjulang naik seiring dengan usaha mujahadah yang berterusan.semoga kita dapat mengambil iktibar dan roh jihad fisabilillah melalui kisah hasan al banna yang sangat teguh dalam perjuangannya ini. Allahuakhbar!

artikel ini dipetik daripada http://muhammadhanif.wordpress.com/2009/02/12/ulang-tahun-pemergian-as-syahid-hasan-al-banna/

Salam Perjuangan…
Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama’ ulung yang mempelopori gerakan mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya.
As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.
Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.
Bukanlah suatu yang baru bagi pemimpin Mesir menjadi “pak turut” kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hassan Al Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.
TRAGEDI
Ketika kejadian, As Syahid Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam’iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari “sesuatu”.
Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.
Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna dibawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.
Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/1949 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.
Mereka dianugerahkan elaun khas di atas “jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan Negara”.
TEKANAN
Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.
Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.
Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkecuali daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.
Talian telefon di rumah berkenaan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok.
Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesiapapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.
Tekanan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.
Ramai ulama’ dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.
GAGAL
Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.
Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami. Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin ditubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada “biasan sinar dakwah” Imam Al Banna rahimahullah.
MENGAPA DIBUNUH ?
Rami berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra’. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.
Maka jihadlah yang menjadi punca kemarahan musuh-musuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.
Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hassan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.
Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.
Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.
JASA 1948
Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi! Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.
Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Ketika mereka sudah berada di pinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan kejam.
Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.
Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.
Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhiantan yang dilakukan ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Palestin) telah berubah (insya Allah).”
Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.
Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia, “Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, “Cukuplah….”. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh… Sesungguhnya pertembungan di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah…”



MENCARI AL BANNA KEDUA
Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna.
Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.
Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya :
“Bilakah akan datangnya pertolongan Allah ?” Allah menjawab: “Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir."

-jika air mata seorang hamba mengalir bukan kerana takutkan Allah,maka ketahuilah bahawa jahiliah masih membelenggu diri hamba.jika ia mengalir kerana redha dengan maksiat,menitis terharu kerana menonton lakonan sandiwara dunia di kaca televisyen mahupun internet,kembalilah menangis pada jalanNya.kembalilah...sahutlah seruan tuhanMu itu..- 

15 January 2011

menuntas kebangkitan mahasiswa adab

bismillahirrahmanirrahim...

~hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih~
~usaha tangga kejayaan~

semalam bertempat di bayt ustaz zaid ismail,semua pelajar tahun satu adab telah dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat yang ingin disampaikan oleh ustaz zaid.senior2 juga tidak ketinggalan mahu mendengarkan kalimat2 berharga dan fakta2 permasalahan yang sedang menghantui pelajar2 adab lulusan timur tengah kala ini.menurut maklumat dan pemerhatian yang dilakukan oleh ustaz zaid,beliau telah menyimpulkan beberapa masalah yang menyebabkan ramai pelajar lemah dalam penguasaan bahasa arab walaupun setelah menamatkan pengajian di timur tengah.

masalah utama yang paling menonjol didapati telah berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri.di mana kebanyakan pelajar tidak MENGAMBIL PELUANG yang ada sepenuhnya.pelajar tidak memanfaatkan keseluruhan peluang yang wujud di timur tengah sepanjang tempoh pengajiannya untuk meningkatkan kemahirannya sama ada dari aspek komunikasi mahupun penulisan.hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.begitu kata ustaz zaid.benar2 menusuk ke kalbu.terus jauh ke dasar.

selain itu,kata ustaz lagi...ada dalam kalangan kita yang masih tak mampu untuk bertutur dalam bahasa arab dengan baik ,merangkak2 ketika ditemuduga..sungguh,agak kecewa apabila pelajar lepasan uia lebih hebat daripada lepasan timur tengah.bukanlah bermaksud merendahkan lulusan dalam negara,tetapi jika dilihat dari sudut peluang untuk menguasai bahasa amatlah banyak untuk pelajar dari luar negara.sepatutnya,mereka ini lebih terkehadapan dan maju berikutan biah di timur tengah sendiri sentiasa memerlukan kemahiran ini untuk bermuamalah dalam kehidupan seharian.

kemudian,ramai juga yang cuba lari daripada bidang bahasa arab setelah gagal menguasainya dengan cemerlang..ada yang ke syariah hinggalah ke bidang2 teknikal lain seperti kaunseling dan sebagainya yang tiada kaitan secara langsung dengan bahasa arab.mungkin, tak ramai yang sedar dan tahu bahawa bahasa arab bukan setakat bahasa syurga neraka sahaja,bahkan lebih utama lagi ia adalah bahasa alat.alat apa?ia adalah bahasa yang digunakan sebagai alat untuk meneroka ilmu alam secara keseluruhannya.atau boleh juga dipanggil kunci ilmu.seperti kata imam hasan al banna, "Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".  

beliau juga turut mengingatkan agar tidak menyalahkan keadaan.jangan kata orang arab begitu begini yang menyebabkan kita susah nak belajar bahasa arab.lagipun,secara logiknya keadaankah yang salah?atau diri sendiri yang tidak mahu keluar daripada kepompong kecil yang hanya bergaul sesama pelajar malaysia.kalau begitu bagaimana kita hendak maju,seolah tiada bezanya antara mengaji di timur tengah atau dalam negara.cara berfikir yang perlu diubah dahulu jika pemikiran yang sekarang ini tidak berfikir secara matang dan luas.lihat pada situasi sekarang majoriti pelajar malaysia malu dan tiada keyakinan untuk berbahasa arab serta menonjolkan diri.ayuh,kita sama2 set up mind set yang baru,yang lebih optimis untuk menempuh hari2 mendatang dalam untaian masa sepanjang menuntut di timur tengah ini.terutamanya kepada pelajar tahun satu,masih ada masa untuk mencuba melakukan yang terbaik.cuba untuk meningkatkan prestasi masing2...

elemen penting yang turut ditekankan ialah menanam minat untuk belajar.menanam minat,samalah dengan menanam keikhlasan dalam diri.tanpa keikhlasan dalam menuntut ilmu,apalah gunanya.kadang2,manusia seperti kita ini selalu lupa..sebab itu ada ketika laju sahaja mulut merungut itu dan ini,doktor ajar tak jelas,cakap ammi dan berbagai2 rungutan lagi.muslim yang benar pasti tak mudah merungut.kerana ketentuan itu sentiasa abadan abada terletak di tangan Allah.

beberapa penyelesaian yang dilihat boleh membantu pelajar dalam menguasai bahasa arab dengan cepat dan kreatif ialah dengan mengikuti tips2 daripada ustaz zaid ,antaranya :

1) dengar - biasakan diri mendengar ceramah2 ,lagu dan radio dalam bahasa arab.jangan risau sebab banyak je video ceramah yang menggunakan bahasa arab fusha.kat youtube ada banyak video bahasa arab.kartun pun ada.tv lagilah ada.ada satu page kat faceboook,namanya man kana akhir kalamuhu lailahaillallah dakholaljannah (dlm jawi) .ada banyak video ceramah yang senang difahami kat situ sebab guna fusha.kalau radio mungkin lebih banyak ammi.

2) selalu bayangkan kita mampu bercakap bahasa arab dengan lancar.cara ini telah terbukti secara saintifik dan rasional.bukan berangan,tapi membayangkan..kerana setiap apa yang kita selalu fikir akan keluar daripada minda menjadi pergerakan fizikal.boleh ambil konsep mimpi,andai kata kita bermimpi memetik buah epal.itu hanya mimpi tetapi pada masa yang sama tangan kita akan tergapai2 untuk mendapatkan epal tersebut.di sini kekuatan imaginasi amat penting seperti kata albert einstein,imagination is important than knowledge. 

3) banyakkan bergaul dengan orang arab.ketepikan kata2 negatif yang masuk ke telinga pasal keburukan orang arab.because no one is perfect.jangan fikir diri terlalu baik sampai tak mahu berkawan rapat dengan orang arab.bersihkan hati daripada segala yang pesimis terhadap bangsa arab.bangsa arab ganas ke,gopoh ke,pengotor ke dan segala macam kerenah lagi.jika kita tak nak bergaul dengan mereka sebab terpengaruh dengan khabar angin tanpa lihat sendiri bagaimana cara mereka hidup,budaya mereka,mohonlah kepada Allah agar dijauhkan diri kita daripada terjatuh ke lembah fitnah.elakkan bersangka buruk kerana sangkaan2 buruk itu lebih hampir kepada dosa.ibarat kata pepatah melayu,buang yang keruh ambillah yang jernih,kan....lagi satu,dont judge one for all,and all for one..^_^




4) sediakan satu buku nota untuk catat semua istilah2 dan uslub yang biasa digunakan oleh orang arab.tak kisahla catat semasa pensyarah sedang mengajar atau ketika berbual2 dengan orang arab.catat,kemudian boleh periksa semula pada masa depan.mufrodat pun sama.boleh buat satu ruangan kecil di sebelah tepi buku nota untuk tulis mufrodat2 yang xtahu,dan tahu.



5) cuba masuk ruangan chat dan forum bahasa arab.selain boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menaip tulisan arab dengan laju.,boleh juga bertanyakan soalan2 yang bermain di minda berkenaan bahasa arab.forum yang dicadangkan oleh ustaz zaid ialah muntada al fasih.insyaALLah,jika ada sebarang kekeliruan,boleh kemukakan di forum tersebut dan jika bernasib baik dalam masa lima minit soalan itu akan dijawab oleh pakar2 bahasa arab dari seluruh dunia.seronok,kan...:) tapi ustaz pesan,jangan terus tanya direct.tanya khabr dulu ke bla3...

6) kumpul seberapa ramai kawan arab yang boleh.semakin banyak,semakin hebatlah bahasa arab.mungkin yang ini lebih kepada bahasa arab ammi,tapi ada kredit juga.tak rugi..mereka pun boleh tolong kita kalau ada apa2 masalah...saling tolong-menolong.kawan2 arab yang saya dah pernah jumpa setakat nie alhamdulillah semuanya molek2 belaka,baik belaka..sentiasa bersedia untuk membantu.ramai juga yang berkali2 menyatakan kesudian mereka untuk dijadikan tempat rujukan mahupun teman study..:)

7) berlatih menulis karangan sendiri ,kemudian minta tolong mana2 ustaz atau kawan arab untuk menanda karangan itu.rajinkan diri buat at least satu karangan seminggu.atau lebih pun tak pa...ikut kelapangan...rajinkan diri selak buku,surat khabar atau komik dalam bahasa arab.

8) biasakan diri terjemah kitab arab guna kamus ba-ba.kamus/mu'jam yang dicadangkan ialah mu'jam arabi asasie..bagus sebab ada sediakan sampai sepuluh wazan ++...sambil tu boleh tambah mufrodat arab sekali...

9) hidupkan budaya berbahasa arab dalam kalangan pelajar malaysia.xda apa nak cakap deh..

10) last sekali,tanya orang berjaya punya cara belajar.kalau nak berjaya,ikut cara orang berjaya..^_^

inilah sahaja serba sedikit kalam ustaz zaid yang dapat dikutip beserta sedikit tokok tambah oleh saya sendiri..harus diingat,segala penulisan hanyalah pandangan dan pendapat peribadi penulis ..~~!wallahua'lam...


mai jadi the best product of adab student^_^


11 January 2011

berfikir di luar kotak..

bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah,hari ini Allah masih sudi untuk memberikan nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya itu kepada saya.dari sekecil2 titisan air hinggalah kepada sebesar2 rumah,wajib atas kita untuk mensyukurinya.setiap titisan air yang jatuh,dibawa oleh malaikat yang sangat banyak.kerana setiap satu electron yang terdapat padanya cas2 atau tenaga positif dan negatif itu ada satu malaikat yang membawanya.setiap sebiji atom itu pula,ada satu lagi malaikat lain yang bertugas untuk menampungnya.maklumat ini saya perolehi daripada satu grouping blog di internet.saya cuba untuk memberikan linknya di sini tetapi apakan daya ,banyak blog yang saya follow hinggakan saya pun pening nak cari mana satu blog yang menceritakan tentang malaikat 'pembawa' ini.terpulang sama ada anda mahu mempercayainya atau tidak,jika mahu tahu lebih lanjut bolehlah google2 sendiri.ini zaman moden kan,segalanya di hujung jari.taip saja dan klik search,insyaAllah maklumat akan sampai kepada anda dalam masa beberapa saat sahaja.


dewasa ini,kita selalu diperdengarkan dengan kata2 yang menjadi tajuk entri saya pada kali ini.iaitu berfikir di luar kotak.ini ayat yang telah dimodified atau ditaghyirkan daripada peribahasa melayu yang berbunyi 'katak di bawah tempurung'.ada juga versi lain seperti katak di bawah gelas.walau apa pun ,semua ini menggalas tujuan maksud yang sama yang menyuruh kita supaya meng'upgrade'kan pemikiran agar lebih bersifat terbuka...


saya terfikir sejenak,apakah berfikiran terbuka dengan berfikiran bebas itu mempunyai maksud yang sama tetapi berlainan bunyi atau maksud yang berbeza tetapi hampir serupa?sejenak,koreksi minda anda ...masuklah ke segenap lapisan akal yang paling dalam.tak dalam pun xpa,asalkan sampai kepada apa yang dicari.jika saya menyebut atheis di sini,pasti ramai yang tahu.atheis ialah gelaran yang diberikan kepada orang yang bebas agama atau tidak mempunyai agama.pemikiran bebas boleh diumpamakan seperti penganut atheis ini,mereka bebas berfikir apa sahaja dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu kerana mereka BERFIKIRAN BEBAS.manakala,mereka yang berfikiran terbuka pula umpama orang yang beragama.saya pilih Islam sebagai contoh.mereka boleh berfikir tetapi ADA BATASAN apa yang boleh difikir dan dilakukan.inilah beza antara berfikiran bebas dan berfikiran terbuka.


pada pandangan saya,orang yang berfikiran terbuka ialah orang yang sangat hebat.kerana apa?kerana pemikiran yang sebegini sentiasa menjaga mereka dalam setiap tingkahlaku mereka seharian.orang mempunyai pemikiran ini hanyalah orang-orang yang memahami agama,fikiran mereka melampaui had ruang dan waktu,nun hingga ke akhirat sana. sabar ialah ciri paling penting.seperti sabda nabi SAW : (Tidak ada rezeki Allah yang lebih baik dan lebih luas bagi seorang hamba selain kesabaran) HR Hakim.




jika kita mahu menguji sejauh manakah luasnya minda kita,sila tanya kepada diri,aku ini seorang yang penyabarkah?adakah aku mampu untuk menerima segala macam bentuk penolakkan dengan baik,atau aku akan melenting sekiranya ia tidak bersesuaian dengan apa yang difikirkan.minda yang terbuka sentiasa tenang dalam apa jua situasi.jika dia melakukan sesuatu,dia akan fikirkan kesannya sehingga ke akhirat sana,apa kesannya jika dia buat begitu begini.





Rasulullah SAW menjadi contoh terbaik orang yang berfikiran terbuka.dikisahkan dalam satu riwayat dari Anas Radhiallahu anhu, ia berkata: ”Saya pernah berjalan bersama Rasulullah SAW. Waktu itu Rasulullah menggunakan syal (selendang) yang terbuat dari bahan yang kasar di leher beliau. Di tengah jalan kami bertemu seorang arab kampung, ia lalu menarik syal yang dikenakan Nabi dengan kuat sampai meninggalkan bekas di leher beliau. Ia kemudian berkata; ”Wahai Muhammad, beri aku harta Allah yang kamu miliki!” Rasulullah menoleh kepadanya dan tersenyum lalu menyuruh (sahabat) untuk memberi apa yang diminta. (HR. Bukhari-Muslim)


lihatlah betapa sabarnya baginda.tidak rugi baginda memberikan hartanya kepada orang itu kerana ini juga boleh jadi satu bentuk dakwah.siapa tahu,suatu hari nanti si orang arab itu akan menjadi baik lantaran terkesan dengan kemuliaan yang ditunjukkan oleh baginda.


begitu juga sekiranya kita diminta untuk menghadiri mana2 kursus atau program di jamiah atau universiti,sebagai contoh tajuk program itu ialah membina keluarga bahagia.lantas dengan mudah kita mengambil endah,ahh aku muda lagi.lambat lagi nak kahwin.buang masa aku je ikut program ni.siapa kata rugi,memanglah dia rugi sebab minda jumud begitu.tp bagi orang yang memandang ke hadapan dia akan ambil semua ilmu yang diperolehi daripada program tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupannya sekarang dan akan datang.mustahil dikatakan jika esok kita akan membina keluarga dan hari ini baru hendak menghadiri kursus rumahtangga sebagai persiapan rumahtangga.kerana proses pembinaan sahsiah itu memerlukan perancangan yang sistematik dan teratur.mana mungkin hari ini kita mampu ubah cara pemikiran sekelip mata.


untuk membuka minda,kita perlu buka mata,luaskan aspek pemerhatian.berfikir daripada pelbagai sudut mampu menjadikan kita seorang yang kreatif.luas itu bahagia.sempit itu sengsara.

09 January 2011

....

terasa betapa kerdilnya diri ini..
aku masih hambaNya yg hina dina
kadang alpa,leka..lupa diri

ada satu rasa
yg mahuku campakkan perasaan ini jauh ke hujung dunia
supaya tidak lagi bertemu kembali
namun aku xmampu menjauh
bukan mudah membuang kuman
buka  mudah menggores karat dengan kuku yg basah

aku masih jauh..
seakan mahu diulang2 ayat ini beribu kali,lagi dan lagi..
jauh,jauh,jauh........
tp,dpd aku membuang masa,mencantas tenaga..
lebih baik tenaga yg ada kusalurkan pada yg berhak
pd yg baik2 shaja..
itulah yg berhak.
itulah satu2nya yg paling berhak.
yg tiada dua,tiga mahupun empat
aku xmahu merempat.

di kaki lima ruangan hati.

p/s : lapar itu menyekat akal.

08 January 2011

ilmu itu cahaya yg menyinari alam buana

sesaat hati lupakan tuhan,papp setitik!
seminit terleka dgn dunia,papp setitik lagi!
sejam trus terbuai dgn hiburan,paappp2 bertitik2!!
sehari xdiberi peringatan,paap selepak!
seminggu xbertemu rasa kehambaan,paapp berlepak2!!
sebulan berlalu,semakin jauh,jauh dan jauh...dari Allah....hingga akhirnya nur sukar utk melepasi pintu hati,hati jd keras,tepu dan hitam legam......

~ilmu itu cahaya,ibarat bekas yg hitam kotor apabila dimasukkan cahaya ke dlmnya,cahaya itu tertutup...sulit utk ia menembusi hitam yg kotor itu..
justeru,adab menuntut ilmu,hendaklah kita sentiasa mencuci hati agar ilmu mudah mengeluarkan sinarnya buat menyinari hidup kita dan saudara2 di sekeliling kita..



tengok gambar nie..cantik,kan..macam nilah gambaran cahaya ilmu..masyaAllah,bersinar bergemerlapan..
.


wahai sahabat2ku,semoga kita semua tergolong dlm kalangn org2 yg mencintai ilmu dan menghayatinya agr meresap ke dlm jiwa...moga nurullah menyinari hati2 kita seperti terangnya mentari..amin..^_^

~ilmu sama juga seperti lilin,lilin membakar diri utk menerangi kegelapan dosa...tp ia untung sebab apabila ia mencair ia mudah utk beradaptasi dgn tempat ia duduk...kelebihan org yg berilmu ke mana pun ia pergi sentiasa membawa cahaya dan mudah utk dia menyesuaikan diri di mana jua~


~~dedikasi buat sahabat2ku  di jordan mahupun di malaysia...~~
selamat bercuti bg yg dah habis exam,selamat utlah saiedah bg yg bercuti di malaysia,selamat berexam kepada yg masih dlm fatrah exam dan selamat study baik2 kpd yg xbercuti..:)

07 January 2011

panduan tarbiah : 10 sifat individu muslim



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dalam semua aspek.
Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.


Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang muslim ialah:
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. dari Abu Hurairah r.a Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.
Pesan Imam Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.








list-to-do
1) tulis cerpen HA ( kemahiran menulis)
2) susun jadual cuti sem (pengurusan masa -al asr)
3) tgk cerita salahuddin al ayyubi (istima')
4) jenis2 hati- jom berbahasa arab (perbaiki makhraj & kelancaran berkata2)
5) sekali -sekala luangkan masa utk bermuamalah dgn org arab (muhadasah)
6) baca buku 'tautan hati' (method dakwah)
7) baca buku 'what do u know about islam' (improve bi)
8) bla3..akan ditambah

03 January 2011

xsanggup

aku xsanggup untuk melupakan mereka.
aku xsanggup untuk tidak ambil tahu tentang mereka..

kerana kita bersaudara..
kau ada hak kpd aku
dan aku juga ada hak untuk kamu..

aku xsanggup untuk membiarkan diriku hanyut dengan fatamorgana dunia..
aku xsanggup mebiarkan aku lalai hingga aku lupa siapa diriku,lupa tanggungjawabku kepada semua
hingga aku mengabaikan kamu ,mengabaikan masa depanku,masa depan kamu...

aku xsanggup untuk ketawa terbahak2 sedangkan engkau merintih derita
terkapai-kapai kelemasan dalam arus globalisasi
aku xsanggup..

tapi aku sanggup jika diriku jadi korban sebagai hamba tuhan..
daripada aku jadi hamba dunia dan seisinya...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More