15 June 2011

perbezaan ilmu dan fikrah

bismillah.

syukur yang teramat ke hadapan iradat Ilahi kerana telah memilih saya dan teman-teman untuk duduk bersama dalam satu halaqah kecil,berbincang serta berkongsi kefahaman tentang ilmu dan fikrah.jika selama ini saya memandang ilmu dan fikrah sebagai dua perkara yang hampir serupa,tetapi pencerahan ini telah menunjukkan kepada saya bahawa betapa ilmu dan fikrah itu antara keduanya ada jurang perbezaan yang amat berbeza.
mari kita singkap.kita dalami,kita kaji dan kita bandingkan.sediakan peralatan anda.mata,kaki,tangan,telinga dan hati.

PERBANDINGAN


ilmu menurut pemahaman umum dan awam ia diistilahkan sebagai pengetahuan,fakta dan sesuatu yang diperolehi daripada pendidikan formal mahupun tidak formal.manakala fikrah pula diistilahkan sebagai suatu bentuk kefahaman yang dihadam daripada pelbagai jenis ilmu sehingga ia membentuk satu fikrah atau pemikiran,atau idea atau cara berfikir.

andai kata saya mengambil satu analogi di mana dalam satu bekas ada air dan gula.air adalah fikrah.dan gula yang berketil-ketul itu adalah ilmu.rasa manisnya gula itu tidak akan mampu dirasakan secara sama rata sekiranya tidak ada air untuk mencairkan gula itu.rasa manis di bawah bekas berbeza dengan kemanisan air di bahagian atas.itulah fikrah.rasa manis yang sama rata itulah fikrah.adapun rasa manis yang berbeza-beza itu adalah ilmu yang tidak terkumpul atau terhadam dengan baik untuk membentuk satu kesatuan ilmu yang mantap.

ilmu itu diperolehi daripada banyak sumber.makanya oleh sebab itulah ilmu itu berketul-ketul.pepatah arab ada menyebut ilmu tanpa amal,ibarat pohon yang tidak berbuah.untuk mengamalkan sesuatu ilmu,ianya perlu berkumpul dan diseragamkan dengan ilmu-ilmu yang lain.

ilmu tanpa fikrah?

saya tidak akan katakan ianya tidak berguna,cuma kurang efisien.saat saya menerima pengetahuan baru ini,pencerahan mantap dari senior ireland dan uk,fikiran saya menerawang kembali ke masa silam.sewaktu zaman sekolah menengah saya.saya kembali,memusatkan pemikiran kepada ILMU-ILMU yang diajarkan oleh guru di sekolah kala itu.tidak sedikit yang diajarkan,tidak sedikit juga yang dihafal dalam ingatan.tetapi apabila selesai sahaja peperiksaan SPM,ilmu-ilmu itu semuanya iibarat angin lalu.ada pohon tetapi tidak berbuah.

dulu tahu,sekarang faham

antara tahu dan faham itu berbeza.begitu juga dengan a'lim dan abid.a'lim dan faqih.tidak sama antara orang yang berilmu di bibir dengan orang yang berilmu di hati.



belum menang?

bismillah

sangat lama rasanya xupdate blog.
sudah sangat lama juga jari-jemari ini tidak kalut menyusun ayat-ayat panjang berjela.apatah lagi untuk membungakan ia.
pertandingan penulisan ilmiah sudah sebulan berlalu.sudah juga diri ini menghantar manuskrip sepicis sususan saya itu.niat menyertai bukan untuk menang,tetapi saya mendambakan ilmu dan kefahaman yang mendalam tentang apa yang saya karyakan itu.berjayakah sudah?hurmm..berfikir berulang kali adalah perlu.
bolehkah saya katakan kejayaan itu subjektif?
saya tidak rasa ya,kerana kejayaan yang hakiki hanya satu,berjaya meraih redha Allah.sedangkan kejayaan2 lain hanyalah kejayaan2 picisan untuk mendapatkan kejayaan hakiki itu.


motivasi


BELUM MENANG

ya,saya bukannya kalah,bukan juga tidak menang ...saya cuma belum menang.
Kolonel Sander dalam usahanya untuk mengkomersialkan resepi ayam goreng warisan turun-temurun keluarganya itu dia tidak pernah berputus asa mahupun berhenti mencuba.resepinya ditolak dari satu syarikat yang ia pergi,ditolak lagi dan lagi...hinggalah sampai pada kali yang ke 1009,resepi yang dirasakan amat sedap itu akhirnya diterima.dan beliau akhirnya berjaya mempromosikan resepi itu ke serata dunia dan mampu menjualnya dengan nilai 2juta USD.

apakah kemenangan yang saya dambakan ?
saya cuma mahu hidup dalam kehidupan dan mati dalam keadaan hidup.
itu yang saya cari selama ini.saya bukan kalah,saya cuma belum menang.
beberapa tempoh yang menyaksikan blog ini ditinggalkan sunyi oleh saya,saya di luar sana semakin tahu sedikit.uh,saya kecewa,mengapa cuma sedikit?
lantas saya cuba dan masih berlembut seperti dulu.
tarbiyah bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya perlukan tarbiyah.
frasa ini bergema di mana-mana.pergi saja ke pelusuk mana di dunia ini frasa itu pasti ada.
saat ini zaman kebangkitan Islam,
ya,saya mula nampak cahayanya.
saya menjumpai ghuraba' Islam,hingga tanpa disedari saya mula masuk ke dalam golongan ghuraba' itu.
walaupun masih dikelilingi oleh jutaan umat Islam yang melata di seluruh taburan muka bumi.

bukan mudah.
cuma pesan saya kepada diri,
"orang yang berhenti tidak akan menang tetapi orang yang menang tidak akan berhenti."

salam hidup. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More